Festival Seni (FESENI '09)

Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Universiti Malaya ini kembali lagi sebagai pentas utama pencarian bakat kesenian yang terpendam di kalangan para pelajar kita. Dewan Tunku Canselor akan dijadikan venue utama bagi acara yang menjadi kemestian dalam kalendar Universiti Malaya ini. Kehangatannya mula dirasai di kolej-kolej kediaman yang pasti kembali lagi untuk berentap bagi mempertaruhkan bakat penghuni masing-masing. Antara pertandingan-pertandingan kesenian yang menjana kemeriahan Festival Seni Universiti Malaya kali ini adalah seperti berikut :

1) Nyanyian (Melayu Asli, Irama Malaysia, Bahasa Inggeris)

2) Tarian (Tradisional Kebangsaan, Kreatif, Taridisional Cina dan India)

3) Drama Pentas

4) Nasyid

5) Dikir Barat

6) Koir

7) Kompang

8) Boria

9) Muzik Akustik



10) Pop Band



11) Manifestasi Puisi



 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.