Archives

Perkampungan FESENI KK3 2009

Bermula 20 Nov 2009 sehingga 25 Nov 2009, FESENI KK3 telah mengadakan perkampungan untuk persediaan FESENI yang akan berlangsung pada 12-28 Mac 2010. Sepanjang perkampungan juga, para peserta FESENI 2010 sibuk menjalani latihan untuk memantapkan lagi gaya persembahan semasa FESENI kelak. Selain itu, AJK FESENI KK3 telah mencapai kata sepakat untuk menambah dana FESENI KK3 dengan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan pada semester hadapan. Segala KERJASAMA daripada AJK FESENI 09/10 amatlah diharapkan.


"SENI EKSPRESI JIWA"