Archives

Perkampungan FESENI KK3 2009

Bermula 20 Nov 2009 sehingga 25 Nov 2009, FESENI KK3 telah mengadakan perkampungan untuk persediaan FESENI yang akan berlangsung pada 12-28 Mac 2010. Sepanjang perkampungan juga, para peserta FESENI 2010 sibuk menjalani latihan untuk memantapkan lagi gaya persembahan semasa FESENI kelak. Selain itu, AJK FESENI KK3 telah mencapai kata sepakat untuk menambah dana FESENI KK3 dengan beberapa aktiviti yang bakal dijalankan pada semester hadapan. Segala KERJASAMA daripada AJK FESENI 09/10 amatlah diharapkan.


"SENI EKSPRESI JIWA"

 
BajU RaSMi FeSEni 2009/2010



 

STOP!!!


SeMPeNa FeSTiVaL SeNi YaNG aKaN BeRLaNSuNG PaDa aWaL TaHuN HaDaPaN,PiHaK FeSeNi KK3 iNGiN MeNCaRi PeNYaNYi uNTuK KaTeGoRi iRaMa MaLaYSia DaN MeLaYu aSLi.KePaDa WaRGa KuRSHiaH YaNG BeRMiNaT BoLeH HuBuNGi aZLaN ShAH (0137481223).KeRJaSaMa aNDa aMaTLaH DiHaRaPKaN.


BeRSaMaLaH KiTa MeMaRTaBaTKaN PRoJeK FeSeNi KK3!!!


SYaRaT2 PeNYeRTaaN uNTuK SeMua aCaRa FeSeNi BerAdA PaDa PeNGuRuS aCaRa MaSiNG2.





SENI EKSPRESI JIWA

 

Pengurus acara FESENI KK3 2010 :

Tarian tradisional & tarian kreatif : Abdul Karim
Nasyid : Mohd Hafiz
Koir : Loh Mei Wei
Tarian India : Kasturibai
Tarian Cina : Lee Wei Wei
Manifestasi puisi & Drama pentas : Al Hafiz
Pop Band : Mohammad Azri
Muzik Akustik : Ahmad Khushairi


Kehadiran warga Kurshiah adalah dinantikan!!
Serlahkan Bakat Anda!


'SENI EKSPRESI JIWA'

 

MINGGU MENCARI BINTANG FESENI

Berakhirlah sudah Minggu Mencari Bintang Feseni. Tak sangka rupa-rupanya banyak bakat terpendam warga Kurshiah yang telah dapat dicungkil. Tidak kurang hebat dari segi nyanyian, manifestasi puisi serta drama pentas. Gelagat peserta ujibakat pada malam itu bukan sahaja mencuit hati para juri malah para penonton yang sentiasa memberi sokongan kepada projek FESENI pada kali ini. Keputusan ujibakat akan diwar-warkan kepada warga kurshiah tidak lama lagi.


NANTIKAN KEHADIRAN BAKAT BARU DARIPADA KK3 KE FESTIVAL SENI 2009/2010!!!


Salah seorang peserta ujibakat sedang dikritik


Barisan panel juri yang mantap!


Sokongan daripada warga Kurshiah.GO KURSHIAH! =)

Tanpa mereka tiadalah MMB


'SENI EKSPRESI JIWA'

 

ACARA-ACARA FESENI 09

Akustik KK3


Pop Band KK3


Manifestasi Puisi KK3

 

Festival Seni (FESENI 2010)


Festival Seni Kolej Kediaman Ketiga (Feseni KK3) merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat seni para siswa siswi kolej kediaman ketiga dalam bidang kesenian. Feseni KK3 dibawah naungan JKP Kesenian dan Kebudayaan KK3 telah membentuk satu agen bagi melebarkan dan mempergiatkan aspek kesenian dalam usaha untuk memartabatkan lagi kesenian ke peringkat yang lebih unggul. Sesuai dengan tema perjuangan Feseni KK3 sesi ini, "Seni Ekspresi Jiwa" Feseni KK3 menggengam amanah yang satu untuk menjayakan Feseni Universiti Malaya 2010 ini.


'SENI EKSPRESI JIWA'

 

Festival Seni (FESENI '09)

Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Universiti Malaya ini kembali lagi sebagai pentas utama pencarian bakat kesenian yang terpendam di kalangan para pelajar kita. Dewan Tunku Canselor akan dijadikan venue utama bagi acara yang menjadi kemestian dalam kalendar Universiti Malaya ini. Kehangatannya mula dirasai di kolej-kolej kediaman yang pasti kembali lagi untuk berentap bagi mempertaruhkan bakat penghuni masing-masing. Antara pertandingan-pertandingan kesenian yang menjana kemeriahan Festival Seni Universiti Malaya kali ini adalah seperti berikut :

1) Nyanyian (Melayu Asli, Irama Malaysia, Bahasa Inggeris)

2) Tarian (Tradisional Kebangsaan, Kreatif, Taridisional Cina dan India)

3) Drama Pentas

4) Nasyid

5) Dikir Barat

6) Koir

7) Kompang

8) Boria

9) Muzik Akustik



10) Pop Band



11) Manifestasi Puisi



 

Festival Seni (FESENI '09)


OBJEKTIF

>
membantu mendalami pengetahuan dalam bidang kesenian dan
kebudayaan.

> memartabatkan seni dan mempertahan b
udaya kebangsaan.

> sebagai medium integrasi antara kaum.


> meningkatkan reputasi universiti dan melahirkan para graduan yang
versatil.

> mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga UM.





LOGO FESTIVAL SENI 09





TEAM FESENI '09