Archives

Festival Seni (FESENI 2010)


Festival Seni Kolej Kediaman Ketiga (Feseni KK3) merupakan satu organisasi yang bertanggungjawab mencungkil bakat-bakat seni para siswa siswi kolej kediaman ketiga dalam bidang kesenian. Feseni KK3 dibawah naungan JKP Kesenian dan Kebudayaan KK3 telah membentuk satu agen bagi melebarkan dan mempergiatkan aspek kesenian dalam usaha untuk memartabatkan lagi kesenian ke peringkat yang lebih unggul. Sesuai dengan tema perjuangan Feseni KK3 sesi ini, "Seni Ekspresi Jiwa" Feseni KK3 menggengam amanah yang satu untuk menjayakan Feseni Universiti Malaya 2010 ini.


'SENI EKSPRESI JIWA'

 

Festival Seni (FESENI '09)

Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga Universiti Malaya ini kembali lagi sebagai pentas utama pencarian bakat kesenian yang terpendam di kalangan para pelajar kita. Dewan Tunku Canselor akan dijadikan venue utama bagi acara yang menjadi kemestian dalam kalendar Universiti Malaya ini. Kehangatannya mula dirasai di kolej-kolej kediaman yang pasti kembali lagi untuk berentap bagi mempertaruhkan bakat penghuni masing-masing. Antara pertandingan-pertandingan kesenian yang menjana kemeriahan Festival Seni Universiti Malaya kali ini adalah seperti berikut :

1) Nyanyian (Melayu Asli, Irama Malaysia, Bahasa Inggeris)

2) Tarian (Tradisional Kebangsaan, Kreatif, Taridisional Cina dan India)

3) Drama Pentas

4) Nasyid

5) Dikir Barat

6) Koir

7) Kompang

8) Boria

9) Muzik Akustik



10) Pop Band



11) Manifestasi Puisi